Ogos 26, 2015

Sindrom gaji cukup~cukup makan

Nasib majoriti golongan belia berusia 20 hingga 40 tahun berpendapatan isi rumah RM3000 ke  bawah yang tinggal di ibu kota.

Adakah itu fakta @ auta?

Itulah realiti yang berlaku, jika diikutkan, perbelanjaan asas pun dah dikira cukup2 je, belum campur lagi pembayaran hutang + lain~lain. Tersepit dengan gara2 keadaan sekarang ni...nak balik kg..kerja pulak  terhad,

Jadi jom kita tengok masalah~masalah kewangan belia.

1. Lewat bayar bil
2. Murung sebab kurang wang
3. Belanja lebih pendapatan
4. Tidak mampu beli insurans/ takaful
5. Buat kerja lebih masa
6. Sakit akibat risau belanja/ keluarga
7. Tidak cukup wang untuk perubatan
8. Tidak ada tunai untuk kecemasan
9. Gaduh dengan pasangan
10. Tidak dapat tumpu kerja
11. Tidak tahu wang dibelanjakan
12. Tidak mampu bayar ansuran
13. Pijam wang keluarga dan rakan2
14. Hutang sebelum dapat gaji
15. Pinjam untuk beli barang keperluan
16. Pinjam wang (ceti @ ah long )
17. Muflis

Bagi pandangan saya, tiada kaitan dengan mana2 pihak, sekarang ini kos sara hidup yang semakin meningkat, harga barang mahal la, entah lah, tambah lagi dengan gaya2 hidup, menyebabkan kedudukan ekonomi belia masakini berada tahap tenat.

Betul ke mereka semua ni boros@ x tahu ilmu kewangan?

Kos sara hidup, ya saya ulang kos sara hidup, sekarang ni x boleh demand gaji dengan majikan, lepas grad perlu terima berapa yang dibagi, lain lah kita berada dlm bidang kritikal, ramai persaingan diluar sana tu....ohhh hidup..nak x nak kena teruskan hidup, tapi yang pasti, hidup dibandar besar untuk golongan belia yang berpendapatan  bawah RM3000 memang cukup~cukup makan.