Halaman

November 29, 2015

Bajetku di tahun 2016

Sudah hampir ke tahun 2016

Alamak bagaimana dengan bajet ku nanti??

Motif ko nak share kat semua orang!!

Biasanya bila tiba bulan 12 sibuklah kita mencari kelandar untuk tahun akan datang,  knape erkk ?

  • Tengok Public holiday jatuh pada hari jumaat ke ataupun sabtu, tapi yang best bila PH jatuh pada hari ahad, isnin boleh cuti uolass
  • Tengok puasa dan raya bulan ke berapa, mestilah perlu buat persiapan awal katanya
  • Tengok hari apa yang boleh mohon cuti tahunan, plan cutilah kononya
  • Tengok cuti sekolah, biasalah mak2 dan bapa2 pun sibuk nak tengok klendar, bila cuti sekolah ni, bukan anak2 je tau.

Itu perkara wajib yang kita nak sangat kelendar tahun baru, tapi

Bagaimana pula dengan bajet tahunan pula?

Itu nanti dulu, ko ni tak sabar encik keladi oii, 

Hujung tahun menanti bonus

Alamak...ada penilaian prestasu lah..takutnya, nak aku kipas superior ke, mudah-mudahan dapat bonus lebih #bonus mengapu dan kenaikan banyak sikit tahun depan #incerement kaki ampu..

Boleh ke macam tu!!!

Jangan ko nak mengada-ada encik keladi.

Penentu prestasi ( appraisal ) penting untuk kita
  • Menilai semula prastasi sepanjang tahun
  • Menilai semula kelemahan dan kemahiran yang ada
  • Dapat meningkatkan semula motivasi diri
  • Peluang untuk menjadi lebih baik
  • Mempertingkatkan produktiviti kerja
Jadi motif!!!, dihujung tahun ini macam tu je ker, bukan kita semua perlu berubah dan membina keazaman yang baru, walaupun setiap tahun azam hanya lekat di dinding!!! ataupun dimalam tahun baru nanti kita menunggu bunga api untuk bersorok..hebat ke ko...

Itu semua bukan penting sangat, yang penting adalah

BAJET TAHUN BARU

Boleh ke kita membuat bajet sendiri?

Boleh

Perlukah kita buat bajet tahunan?

Perlu..

Haruskah kita menilai semula perbelanjaan dan buat perancangan kewangan semula di tahun baru ?

Harus, harus dan harus

Bagi pandangan dan pendapat encik keladi, plan kewangan di tahun baru harus di fikirkan, sebab mugkin setiap tahun kadar kenaikan inflasi semakin meningkat dan memberi kesan kepada corak pembelian kita. Itu sebabnya plan kewangan perlu difikirkan dahulu, mungkin gaji semasa yang kita terima tidak semestinya akan sama nilainya pada tahun seterusnya, dan yang pasti encik keladi perlu tetapkab matlamat pada tahun hadapan, 


Bagaimana untuk tambahankan pendapatan?

Ikhlas daripada

Keladi blogger


November 28, 2015

Gagal bukan penamat

Keladi blogger : kegagalan bukan bermakna penamat tetapi ia adalah permulaan kejayaan, www.keladionline.com
Boleh ke, bila kita gagal saja pasti akan ditertawakan oleh orang2 di sekeliling, 

Encik keladi tak nak gagal lagi sebabnya,

  • Serik menerima kegagalan
  • Takut diperli
  • Malu untuk bercerita pada orang ramai
  • Penat dengan apa yang dilalui
  • Sering menggangu emosi
  • Terasa dunia ini tidak adil
  • Sentiasa berasa sedih
  • Kecewa dengan pengorbanan yang diberikan
  • Berasa kerugian.
  • Terlalu mengharap apa yang diinginkan.
Kenapa ko takut sangat dengan gagal en keladi, bukan dengan kegagalan kita akan
  1. Berjaya dan terus berjaya
  2. Mengambil pengajaran daripada kegagalan
  3. Kegagalan adalah satu perkara biasa
Orang yang berjaya, selalu melalui kegagalan, dengan kegagalanlah mereka boleh berjaya.

Jadi,

Jadikan kegagalan sebagai perkara biasa dan jadikan semangat dan usaha yang berterusan sebagai luar biasa

Keladi blogger


November 22, 2015

Simon telefon pintar pertama

Sekarang rata-rata manusia mempunyai telefon pintar, tidak kiralah mahal ataupun murah...dari china ke..ciplak daripada mana2 produk ke..tapi yang pasti ada telefon pintar, lebih canggih kita panggil android..

So,

Apa boleh buat, zaman berlalu begitu cepat sering dengan perkembangan teknologi..ada lagi ke yang pakai telefon nokia yang besar gedabak, yang dulu-dulu...diorang kata boleh buat baling anjing...tak de kot, sebab mudahkan, telefon pintar yang serba canggih ini...

En keladi update blog pun hampir 100% guna telefon pintar @ android..

Jadi ??

Persoalan nyer, korang tau ke apakah telefon pintar yang pertama...upss maaf jenama telefon pintar tersebut??

Maaf yer, maklumat ambil daripada harian metro..terima kasih daun keladi harian metro...ko tetap no 1 di hatiku

Simon telefon pintar pertama

Telefon pintar adalah teknologi yang mampu mengubah kehidupan seharian kita. Simon adalah yang pertama dan mula di jual di Amerika pada tahun 1994.


Difahamkan, telefon pintar pertama simon mula dijual di Amerika Syarikat pada 16 ogos 1994. Bilangannya terhad iaitu 15, 000 unit, namun ia begitu popular dalam kalangan ahli perniagaan.

Kecanggihan telefon itu dilihat melalui fungsinya yang digunakan untuk menghantar e-mail dan perkhidmatan mesej ringkas selain berfungsi sepenuhnya sebagai telefon. Ia juga mempunyai buku alamat, kalendar, kalkulator, faksimili, mel, nota, pad lakaran, jam dan kelendar beserta skrin LCD hijau. Bagaimanapun, baterinya hanya bertahan selama satu jam saja.

En keladi copy bulat-bulat daripada harian metro...dah kata harian metro tetap no 1.....apa tagline dia??'''padat memang padat...

Tengah cuba...HM mobile...katanya ada banyak kelebihan..

Nanti en keladi boleh copy paste maklumat...jangan marah...tau..

Gua masih waras lagi..


Encik keladi..

November 19, 2015

Info : Penampilan unik bertahi lalat

Sumber : Harian Metro

Tahi lalat adalah pengumpulan melanin pada permukaan kulit hingga mewujudkan bintik hitam berbeza saiz.

Ada mengatakan wajah tampak lebih manis dengan kehadiran tahi lalat, malah ramai selebriti enggan membuang tanda berkenaan pada wajah mereka kerana percaya ia memberi mereka penampilan unik.

Antara selebriti yang terkenal dengan penampilan bertahi lalat adalah Allayarham Datuk Sharifah Aini, Eva Mendes, Sarah Jessica Parker, Cindy Crawford dan Natalie Portman.

Tahi lalat oh tahi lalat

Tapi waktu kecik dulu guru ngaji en keladi selalu kata orang yang ada tahi lalat di jari telunjuk akan jadi cikgu apabila besar nanti.

Jangan percaya sangat takut kurafat pulak nanti.


November 15, 2015

Jemputan Perkahwinan

Salam hormat, anda dijemput untuk menghadiri ke majlis resipsi kami...

Tunggu dulu, bukan saya yang menjemput  anda, tapi hari minggu nie..en keladi telah dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan boss, bukan kali kedua tau beliau, kawin tapi ini kali pertama, boss en keladi ni memang muda belaka....

Jadi jom kita meninjau majlis perkahwinan tersebut...memang meriah sangat, dan pertama kali dalam sejarah en keladi lihat majlis perkahwinan kaum india di Malaysia.








Selamat pengantin baru boss, semoga berbahagia di dunia baru.

November 01, 2015

Jemputan Perkahwinan

Di hujung minggu ni ada pulak jemputan kahwin rakan setugas en keladi, baiklah jom kita serbu, majlis kahwin ini, memang voge uollss.