Ogos 30, 2015

Penjenamaan produk

Sesuatu yang pasti perlu dalam setiap produk yang dipasarkan.

 Mengapa perlu ada penjenamaan?

 Tidak pandai saya memberi pandangan dalam penjenaman produk ini, tapi jika dilihat memang perlu penjenamaan dalam produk, selain mampu dipasarkan ke pasaran yang lebih luas, ia juga akan membawa keuntungan kepada pemilik jenama tersebut.

 Adakah penjenamaan akan menjadikan sesuatu produk lebih baik?

 Dari segi teori ini akan menjadikan sesuatu produk tersebut menjadi lebih hebat dan setanding dengan produk2 yang mempunyai nama didalam pasaran tetapi ia bukan mudah untuk terus dikenali, melihat contoh pada pelbagai produk yang telah dijenamakan semula, memakan masa juga untuk terus berada dipasaran

 Bagaimana penjenamaan boleh dilakukan?

 Soalan ini, hanya boleh dijawab apabila telah melakukan research..ya, sangat penting, research, untuk menjenamakan semula produk perlu ada kajian, dan pastikan produk tersebut ditujukan kepada kumpulan sasar, jika  tahu siapa target terhadap produk tersebut, barulah muncul idea untuk memasarkan produk, mugkin agak mudah pada jawapan tetapi agak payah untuk dilakukan.

 Saya saje untuk mengkaji atau menulis topik ini, hal ini kerana dalam minat dunia blog dan juga dunia perniagaan, penulis perlu menjenamakan blog ini selaras dengan cita2. Keperluan untuk menjenamakan blog penulis ke arah yang lebih baik dari segi kualiti penulisan, topik yang akan disampaikan serta persembahan dari segi rekaan blog adalah impian buat penulis. Sekian.