Oktober 23, 2015

Cara jaga kesihatan ketika melancong

Kredit untuk akhbar Harian Metro



5 cara jaga kesihatan ketika melancong

Simpan duit punyalah lama, semata-mata untuk pergi bercuti, tapi bila sampai saja di tempat percutian, jadi lain pulak, badan sakit2, rasa demam lah, pening kepala, last2 duduk di hotel jer lah, maka tak tercapai impian percutian itu,

Jadi, jom amalkan tip ini supaya kita sentiasa sihat ketika melancong


  1. Yoga dan regangan - semestinya kita tidak membawa peralatan dan pakaian yoga saat bercuti. Namun, ada beberapa langkah dan rengangan yoga yang tidak memerlukan banyak peralatan selain boleh dilakukan di mana saja ketika duduk atau berdiri.
  2. Berjalan-jalan - kita cenderung berjalan lebih banyak ketika bercuti berbanding berada di rumah atau pejabat. Berjalan-jalan di tempat baru memang sangat menyenangkan dan ia antara cara terbaik untuk mengenali sesuatu tempat itu. Namun situasi itu sering membuatkan kita penat. Oleh itu, lakukan aktiviti berjalan-jalan yang singkat sekitar 30 minit ketika benar-benar memerlukan tenaga seperti ketika kita sampai di penginapan selepas perjalanan menggunakan kereta atau pesawat. Lakukan juga selepas makan untuk membantu pencernaan dan pada waktu pagi sebelum memulakan aktiviti.
  3. Perhatikan keperluan diri - kebanyakan daripada kita kurang peka berkenaan keperluan diri sebelum semuanya terlambat. Hingga menyebabkan kita mudah marah kerana lapar, haus atau keletihan. Hal ini terjadi kerana kita biasanya sering terburu-buru bergerak dari satu tempat ke tempat lainnya ketika bercuti. Sebaiknya, perlahankan sedikit pergerakan kita. Selepas mengunjungi muzium atau pantai, berhenti seketika dan perhatikan keperluan diri adakah memerlukan minuman atau istirehat.
  4. Makanan berzat - cubalah untuk mengambil makanan yang paling sihat untuk tubuh kita. Hal ini dapat dimulakan dengan cara sederhana seperti mengambil buah-buahan segar ( bukan kerepek), minum segelas air mineral untuk setiap gelas minuman berperisa dan pastikan makan tiga kali sehari.
  5. Tidur - tidur adalah pemulihan fungsi tubuh kita. Jika berada di zon waktu yang baru, segera ikuti masanya. Pastikan anda tidur lapan jam dalam sehari dan tidur siang 30 minit untuk mendapatkan tenaga. Jika tidak boleh tidur siang, sekadar melelapkan mata selama beberapa minit boleh membantu meringkankan fikiran.

Perkongsian bersama, ikhlas daripada en keladi, jom ikuti penulisan en keladi di www.keladionline.com