Hai korang, terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku ni.
Maklumlah aku ni bukan nyer popular macam artis-artis tu, memang gili-gila diorang punya follower...lepas tu aku pulak bukan nyer ahli politik yang selalu terhimpit dengan kontroversi sampah...sampah ker!!!
Tambahan pulak....
Aku ni tak lah sehensem....Zul Ariffin...Aaron Aziz...Idris Khan, entah sesiapa lah yang mengaku hensem...memang aku ni orang biasa je kot....TAPI nasib baik muka aku ni ada manisnya.
Dalam kehidupan ni..kadang-kadang aku tengok, orang yang rupawan dan jelitawan, selalu nampak mereka ni murah rezeki...kaya raya kan kan kan....tengok je lah
- Neelofa, daripada artis, jadi bisneswoman yang berjaya
- Fizo Omar, daripada pelakon yang biasa-biasa, jadi Bisnes men.
- Dato Sani, dulu pun dia terlibat dalam bidang glamour ni.
- Siti Nurhaliza, aku rasa tak payah nak cakap lah kot, memang confirm-confirm kaya raya.
- Lepas tu, belum lagi kita sekodeng artis-artis luar negara tu, bukan saja cantik, menawan, memang tertarik lah ko!!!, gila-gila sih harta diorang.
Bukan aku nak cemburu kat diorang tu, mugkin ada je yang kaya dan berjaya tak mempunyai paras rupa yang menawan, tapi dia hanya guna kelebihan dan kurniaan Tuhan yang lain, maksud aku, walaupun muka kita ni kurang cantik dan hensem, tapi tuhan tetap bagi kita Akal untuk berfikir, kiranya itulah yang menjadi nadi kekuatan dan senjata meraka bergelar jutawan.
Sebab tu jugak lah ada je jutawan-jutawan yang dulu nyer tak lah rupawan dan jelitawan, boleh je kaya dan berjaya, tulah orang kata, kita ni suka sangat beri banyak alasan yang aku rasa bodoh kot.
Kenapa lah hidup aku ni tak mampu menjadi seperti meraka yang jutawan tu?
Susah ke nak jadi jutawan dunia dan akhirat ni!!!
Entah lah...hidup tak boleh mengeluh kan...mugkin kita boleh berusaha untuk menikmati kehidupan yang lebih baik didunia ini.
Tapi kan korang aku selalu berangan-angan nak memiliki banglow mewah macam jutawan-jutawan muda tu.... erkkk..jutawan tua tu pun aku tengok gak rumah banglow diorang..kaw-kaw cantik...jelous aku nyahh!!
Hanya mampu dilakukan.....
Tengok kat google images jer..,
aduh perasaan ni membuak-buak nak miliki banglow mewah, tapi bila lah erkkk!!! aku mampu memilikinya.
- Apa yang boleh aku buat erkk, macam mana nak mula?
- Aku ni hanya pekerja kelas bawahan je, boleh ke aku jadi jutawan macam tu.
- Aku ni pulak kemahiran tak ada, tapi aku betul-betul nak jadi macam jutawan-jutawan tu.
kenapa pulak kan aku nak cerita kat blog ni, macam aku ni nak meraih simpati pulak kat korang-korang semua.
Ade ke yang sudi derma duit kat aku....warghhhhhhhhh!!! ( memang tak ler kan)
Maaf yer, aku cuma nak beritahu, yang suatu hari nanti aku juga akan menjadi seperti mereka, AKU boleh Berjaya, itulah impian dan matlamat hidup aku yang harus aku capai.
Tak salahkan kita tanam impian banyak-banyak, dan kita cuba untuk capainya.
Aku mesti berjaya, dan aku mesti kaya dan berjaya macam Dr Azizan selalu kata.
Aku mesti terus berusaha....berusaha...dan terus berusaha......
dan aku nak kongsi kepada korang gambar rumah banglow mewah abang terlajak laris kita ni... (ia sebagai inspirasi aku untuk aku terus berusaha mencapainya)
siapa tak kenal beliau, memang sangat teruk kot...setiap hari muka beliau lekat kat tv, kalo ada yang kata siapa tu Abang terlajak laris.....memang ko duduk bawah tempurung lah yer.
Dato Aliff Syukri Kamarzaman
Pengasas D'Herbs
( Sumber Foto : www.jelita.com.my )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan