September 16, 2015

Kalacs (Hungarian Sweet Bread)

Kalacs..
Apa tu?
Jenama kasut ke....

sebutan nya macam mana ekk...en keladi tidak pandai sangat untuk menyebut, untuk bertanya kepada rakan2 nanti, apa tu KALACS

Roti kalacs

Ya, kalacs tu adalah roti, ramai sudah rasa kot dan  mengetahuinya, tapi ramai juga yang masih blur, macam en keladi lah, tidak pernah ambik tahu pasal segala jenis roti yang ada di dunia ini.

Yup nampak macam sedap roti yang unik di Hungary...betul ke en keladi tulis tu perkataan Hungary tu..

Baiklah jom kita selidik sikit  fakta menarik tentang Kalacs
  • Sejenis pastri roti dan kek
  • Kalacs telah wujud sejak kurun ke-19
  • Makanan khusus ketika perayaan pada awalnya
  • Kini...kalacs menjadi makanan harian di Hungary
  • Tekstur roti, garing di luar dan lembut di dalam
  • Ditambah dengan sos istimewa dan dengan pelbagai perisa

Melazatkan lagi kalacs...untuk rakyat Malaysia..jom kita cuba...#en keladi buat jingle..#berangan jadi penyayi iklan..


Jap snap beberapa keping picture untuk roti kalacs ini :-




Wow cukup menyelerakan untuk peminat2 roti seperti en keladi, berpusing2 bentuknya..pasti korang semua teruja untuk merasainya, tapi yang sudah pun merasainya tentu sekali, apa lah en keladi ni, kalacs pun nak post bagi semua orang tahu..dah lah sedap roti ni!!! *dialog orang yang sudah cuba kalasc.


Rasanya memang sedap, setelah en keladi mengetahui roti ini melalui rakan2 en keladi yang berlagak telah cuba roti ini, en keladi terus ke Paradigm Mall, dekat Kelana Jaya tu..tingkat bawah, tapi en keladi tidak pasti korang boleh ikut dari mana sebab shoping complex tu besar..yang pasti harganya juga agak mahal bagi en keladi..

1 bantal kalacs bread RM7..

Wow...makan roti bai..dapat 5 batal..teruja punya pasal...#ada aku kesah!!!

Jadi roti ini memang sedap sangat, boleh lah korang cuba untuk makan waktu petang2 sambil tonton rancangan kegemara...

Wow teruja untuk beli lagi



Cari kalacs bread juga di sini yer :-

Secret 009
UG Level Lot 26
Block C,Solaris Dutamas
No 1,Jalan Dutamas 1,50480,
Kuala Lumpur,WP
Tel:03-62065105/012-6077846
www.secret009kalacs.com

Korang..jom tolong en keladi bikin roti ini jadi ke tidak resepinya...

Jom kita klik di resepibonda.com

# perlu cari cara buat roti...cuma nanti cara rolling roti tu jer  berbeza.


En keladi pergi tinjau2, ada mana2 blog yang cuba buat kalacs ini, tapi blog dari malaysia ngak ada kok, hanya di Indonesia, banyak sih, cerita dan cara bikin roti ini, ampun ya pemilik  blog sebastiansfoodism.blogspot.my

En keladi pinjam kejap resepi & gambar untuk menghasilkan kurtos kalacs

Bahan-bahan
~ 500 gram bread flour
~200 ml susu segat
~3 sudu teh gula
~yis
~2 biji telur dikocak rata
~sedikit minyak jagung
~secubit garam

Penyediaan peralatan :-
~batang rolling dibungkus dengan aluminium paper

Cara membuat kurtos kalacs :-
~Campur gulu, susu dan yis didalam satu mangkuk dan dibiarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
~didalam mangkuk yang berbeza di campurkan rata tepung dan garam, ditengahnya letakan telur dan minyak yang telah dikocok rata.


~masukkan campuran susu kedalam adunan tadi


~lalu adunan diuli rata, dan jangan ditambah tepung jika adunan lekit,campurkan sedikit minyak jika perlu.

~setelah adunan dirata dan menjadi seperti diatas, biarkan selama 1 jam, #sehingga ia mengembang


~dan setelah adunan mengembang,perlu di letakkan diatas meja dabn dipotong memanjang, selepas itu dililitkan dibatang rolling yang telah disiapkan sebentar tadi.


~panggang di dalam oven pada suhu 190-200°c, sesekali perlu di pusing untuk meratakan kalacs dan disapu mentega pada roti tersebu, apabila ia kelihatan hampir masak.

~setelah kalacs sudah masak, boleh diangkat dan di dressing mengikut citarasa, boleh celup dengan coklat..atau parutan mentega.
Hasilnya...memang sedap..kalacs buatan sendiri


Jadi bagi mereka yang sudah cuba kalacs ini, jangan lupa hantar sikit untuk en keladi...#jangan marah curi sikit kalacs

Thanks untuk mereka yang beri pinjam gambar untuk post ini.

Ikhlas dari en keladi yang sudah cuba kalacs bread.