September 20, 2015

Homestay Cabin

"Idea yang menarik untuk dilaksanakan, tetapi mungkin agak sukar berikutan dengan halangan2 yang perlu di tempuhi"

Rasa ungkapan seperti itu harus dipecahkan, itu bagi pendapat en keladilah, jadi macam mana dengan pendapat korang pula?

#sebenarnya en keladi nak buka cerita pasal konsep idea bina homestay...
#Mesti korang ingat banyak duit en keladi ni...upssss...#aku orang kaya ko mampu...

Leser sungguh en keladi yang x sedar diri ni..baru berblog hingusan #air liur melele..dah mampu berlagak diva aa..


Idea sudah ada, tapi itu lah yang sering berlaku kepada nasib en keladi, sukar dilaksanakan kerana modal..#rintihan peniaga muda baru yang nak mula.


Idea perniagaan :-

Homestay keluarga

Kenapa en keladi memilih perniagaan ini, mugkin korang rasa idea ini kurang berbaloi, kita hanya menyewakan bilik @ rumah kepada tetamu luar dan pihak pemilik rumah akan mendapat keuntungan dari sewaan yang dibayar, is berkonsep seperti hotel..tapi dari sudut ekonomi secara tidak langsung ia dapat meningkatkan pendapatan kepada keluarga dan memperkenalkan produk2 yang berada di kampung tersebut.

Homestay ni hanya di kampung je ke en keladi oii?

Tidak, dibandar pun ada, dimana2 pun ada, yang pasti tempat tersebut menjadi tumpuan manusia, contoh nya, en keladi nak bawa keluarga melancong ke Langkawi...wahhhh best tu, kelurga ramai, confirm..en keladi akan cari sebuah rumah untuk tinggal dalam 3 hari 2 malam..jadi kira berbaloi, jika dibandingkan dengan tinggal di hotel...maklumlah...anak2 yang sangat nakal..susah juga nnti di hotel...contoh yang kedua, jika nanti en keladi nak hantar atau datang konvokesyen anak saudara di Universiti Malaya ker@ Uitm...aatau nak hantar pengantin..confirm homestay lah jawab nyer..mudah dan rasa berbaloi untuk keluarga.

Berapa kos untuk dilaksanakan?

Idea yang datang ini membuatkan en keladi berasa tergamam sekejap idea ini memang menarik tapi masalah bajet, yup...jika korang bina sebuah rumah dan fikir untuk di homestay kan..adakah ia berbaloi, atau korang sewa rumah dan homestaykan rumah tersebut, soalannya adakah ia menguntungkan, bagi en keladi kos untuk perniagaan ini bergantung pada cara masing-masing, kenapa en keladi tulis sebegitu rupa, jom kita lihat contoh dibawah untuk menerangkan jumlah kos yang diperlukan :-

Contoh 1

Biasanya mugkin rumah yang disewa atau dibeli ada bilik yang tidak digunakan, paling best korang biarkan jer untuk letak barang2 terpakai, macam en keladi, bilik tersebut akan dibersih dan dicantikkan, kemudian en keladi akan biarkan ia untuk disewakan sementara #homestay.

Kos : cuma guna tenaga untuk membersihkan bilik tersebut

Contoh 2

Sewa sebuah rumah dan iklan untuk homestay..wow..#ko mampu...x mampu mak...$$$$$, bagi en keladi untuk sewa sebuah rumah sewa dan jadikan sebagai sebuah homestay, ia satu kaedah kurang sesuai, sebab keuntungan mungkin ada dan sebaliknya mugkin lebih rugi..aduh...!!!ya lah cuba korang lihat, rumah tersebut perlu dibayar sewa setiap bulan tidak kira ribut ke..banjir ke..gunung ganag terbang..apa2 lah tapi sewa tetap perlu dibayar, belum masuk segala bil yang perlu ditanggung..jadi mungkin korang perlu bekerja keras untuk mencari penyewa homestay...#rajin2 lah letak iklan di mudah.my tu..

Kos : ikut rate harga sewa rumah..jika di petaling jaya, sebuah rumah teres 1 tingkat..dalam RM1500..wow..mamamiyah!!!!

Idea ini memang boleh mendatangkan keuntungan jika kena pada caranya..#ko mampu nak beli rumah.
Bagi pendapat en keladi, jika korang mampu untuk beli sebuah rumah dan dijadikan homestay, kenapa tidak..mugkin korang boleh mencantikkan lagi rumah tersebut, + konsep2 yang menarik untuk korang tampilkan di homestay tersebut..wahh pasti gempak..mana lah tau ada produksi 2 filem @ drama yang berminat untuk shooting di homestay korang tu...wahh masyukkkk..$$$ dan paling besar potensi untuk mereka yang menghantar sedara mara dalam majlis perkahwinan..orang kawin ini ramai..sedara mara pula jauh, rumah sediri mugkin tidak cukup ruang, jadi..homestay lah jawab nyer..tersenyum lebar..nampak nyer tokey homestay.

#en keladi doa2 agar idea ini tercapai..amin #masih mengumpul duit untuk buka ladang keladi dan buat homestay ditengah2..wahhh#tunggu..

Sewaktu en keladi ke Karnival Usahawan Desa 2015 yang diadakan di Putrajaya prsint13, ada sesuatu yang menarik untuk pengusaha2 dan bakal pengusaha homestay seperti en keladi ini #berangan memanjang, HOMESTAY KABIN korang pernah lihat, mugkin ada yang sudah terbiasa, atau masih ada yang asing dalam konsep ini.

#homestay kabin uollss..

Konsep yang sama dengan homestay tapi, ia kabin dan terasing dari rumah, jadi boleh diletakan dimana2 kawasan yang dikira sesuai.

Kebaikannya,

~Murah..mugkin ikut rate harga juga dalam RM5000..minimum, en keladi dah buat servey..tapi jumlah tersebut, homestay kabinnya pun kecil lah yer..
~lebih senang diuruskan,
~penyewa homestay lebih privasi
~lain dari yang lain.

#homestay kabin





Ikhlas dari En keladi

Jika nak komen tentang cerita atau cetusan en keladi sila hantar email keladi018@gmail.com