September 20, 2015

Maggi letup lebih pedas lagi syok


Korang rasa maggi letup ini pedas ker
Korang rasa maggi letup ini syok ker..

Pasti lebih pedas,lagi syok!!!


Wow, best sangat ker, jom kita cuba maggi letup ini..

Dengan gabungan ekstrak cili yang hangat dan rempah asli yang unik, MAGGI®Letup® semestinya memberikan anda sensasi kepedasan yang lazat meletup, dimana jua anda berada!

Cubalah hari ini...
Kalau berani
Yup, en keladi berani mencubanya, korang berani untuk mencubanya...

MAGGI®Letup®

Seperti biasalah, sekarang ni macam tidak cukup masa je, banyak sangat benda dan perkara yang perlu disiapkan mengikut dateline, banyak pula benda yang perlu dikaji, kerja2 yang bertangguh dan macam 2 lah, contoh yang paling dekat en keladi lah sebagai seorang executive disebuah syarikat swasta, kira masa 8 jam bekerja memang  tidak cukup, sehingga terpaksa bawa kerja ke rumah, macam terlalu fix sangat masa, untuk update status fb memang tidak lah, apa lagi untuk update blog yang baru berputik ini, itulah hidup, bagi en keladikan, selagi kita hidup selagi itulah kita akan terus dengan rutin yang menghimpit waktu, sehingga tidak sempat tulah..tidak dapat siapkan lah dan macam-macam perkara lagi, semuanya satu sebab, MASA...

Tapi...tiada alasan untuk menolak makan..betul atau tidak??..setuju dengan en keladi.

Jom LAH..dengan MAGGI®

MAGGI® kan ada...
MAGGI® semestinya berada dimana-mana dan sentiasa bersama en keladi, betul..en keladi simpan stok untuk keadaan yang kritikal, wahhh macam mana tu, time3 closing lah, memang time tu, masa makan pun terlupa, tiba2 perut berkerongcong, tandanya, laparlah tu,

MAGGI®kan ada..

Yup kali ini lebih best ada MAGGI®Letup perencah goreng kari berasap dengan cili sebenar dan rempah kari asli.....citarasa sebenar di Malaysia..betul ke ada yang tidak suka pedas ini, tapi ramai je yang sukakan pedas..tapi yang minat pedas rasa perencah tersebut kurang kepedasannya, yoooo ada satu lagi perencah kari cili api, memang terangkat beb...

Jom kita cuba MAGGI®Letup nie...

Cara penyediaan MAGGI®letup Goreng Kari Berasap :-

~ keluarkan pek perencah
~isikan air yang mendidih hingga ke lilitan dalam biarkan selama tiga minit
~Tuangkan air, berhati2 ya, air panas
~masukan perencah dan gaulkannya sehingga rata, untuk menyedapkan lagi tambah telur ke, tahu goreng ke, atau apa sahaja ikut cita rasa anda ye

Cara penyediaan MEGGI®Letup Kari Cili Api
~ hanya tambah air panas dan tunggu sehingga 3 minit, kacau dan sedia untuk dimakan

# MAGGI®Letup bersama en keladi

Ikhlas dari en keladi