September 25, 2015

Pengasingan Sisa Pepejal di punca

Kenapa kita perlu mengasingkan sisa pepejal di rumah?

Macam tak best je entry ni..


En keladi terlepas maklumat kot, pasal pengasingan sisa pepejal ni, yup!! berkuatkuasa 01 September, WAJIB setiap rumah mengasingkan sisa pepejal dan pelaksanan ini berdasarkan peraturan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Kiranya lepas ini kita tidak bolehlah sesuka hati mencampakkan barang2 ke dalam tong sampah.....ingat ya...

Kenapa?

Jangan ditanya kenapa en keladi oii, anda perlu mengasingkan sisa pepejal daripada rumah anda, ia mampu membantu kelestarian alam sekitar... Wahai en keladi yang bijak sana!!

#kerajaan telah melaksanakan peraturan ini bagi meningkatkan kadar kitar semula yang akan mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sedia ada yang semakin kehabisan ruang.

Kesannya??

Jangka hayat tapak pelupusan sampah dapat ditingkatkan serta aktiviti amalan 3R dan pengasingan sisa di punca juga telah di kenalpasti sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.

maklumlahkan setiap hari kita asik buang jer, sampah3 sampai tidak risau pasal apa yang berlaku di tapak pelupusan sampah tu, dah mengunug tinggi, cubalah fikir anak cucu en keladi nanti,


Klik disini

Jadi jom kita sahut pelaksanaan ini untuk anak cucu kita nanti, maklumlah akan datang manusia akan bertambah ramai, jadi macam mana dengan kehidupan kita nanti jika tapak pelupusan tidak dapat menampung sampah..

#wahai en keladi, cuba fikir macam mana nanti tiba3 rumah en keladi di sebelah kawasannya ada tempat pembuangan sampah....ohhh TIDAK!!