Oktober 03, 2015

Jerebu

Jerebu
Keadaan di ruang udara Jalan 225,Petaling Jaya
Apa itu jerebu?

Jerebu adalah suatu keadaan yang disebabkan oleh partikulat atau zarah-zarah halus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam kepadatan yang tinggi. Zarah halus ini akan disedut masuk ke dalam sistem pernafasan manusia bergantung pada kadar pernafasan seseorang.

Kesan kesihatan akibat jerebu

  1. Jangkitan saluran penafasan
  2. Radang paru-paru
  3. Asma
  4. Sakit tekak
  5. Sakit mata
Jerebu
Jerebu : Sihatkah udara kita ?
Tindakan semasa jerebu
  • Guna pelindung hidung mask jenis n95
  • Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 jelas sehari
  • Mencuci tangan dan muka selepas aktiviti luar
  • Digalakkan kerap mandi
  • Membanyakkan aktiviti di dalam rumah
  • Gunakan penghawa dingin dalam kenderaan 
  • Tutup pintu dan tingkap
Langkah pencegahan jerebu yang boleh anda lakukan
  1. Perokok diminta berhenti merokok
  2. Elakkan melakukan pembakaran terbuka 
  3. Berkongsi kenderaan
  4. Gunakan kenderaan awam
Kumpulan berisiko tinggi

  • Bayi dan kanak-kanak
  • Orang -orang tua
  • Pesakit jantug dan paru-paru
  • Perokok
  • Pekerja yang tterdedah kepada udara luar

Pemakanan sihat ssemasa berjerebu
  1. Minum 6-8 atau lebih air mengikut keperluan utk mengelakan dehidrasi
  2. Minum jus dan sayur sayuran yang kaya antioksida, vitamin mineral dan serat bagi membantu melawan penyakit
  3. Elakan minuman berkaffein
  4. Pengambilan air suam digalakan
Bagaimana untuk meningkatkan aktiviti fizikal walaupun keadaan jerebu

  • Kegiatan fizikal dan sukan didalam bangunan boleh diteruskan seperti gimnasium
  • Gunakan tangga berbanding lif di tempat kerja atau di dalam mana-mana bangunan
  • Mop lantai dan kemas rumah anda
  • Menari di dalam rumah
  • Berjalan sambil membeli belah di dalam shoping complex