Oktober 25, 2015

Bosan ke Muzium : Muzium Negeri Sembilan

Hoooray!!! En keladi berjalan2, bosan duk rumah time2 cuti hujung minggu ni..

Ke manakah en keladi dihujung minggu ini?

Muzium!!!

Tak de tempat lain ke en keladi oii, muzium yang ko pergi..cuba lah pergi tempat2 yang agak class sikit, nak khbo kek orang pun mudah, ada ko kisah jang oii, apo kono ekk jang.

( jangan marah)

Masih lagi di Negori Sembilan, jika entri sebelum ini ada en keladi menceritakan pengalaman ke kenduri kawin anak rakan sepejabat en keladi di Negeri sembilan, jemputan ke kenduri kahwin dan kali ini en keladi berjalan-jalan ke Muzium Negeri Sembilan.

Muzium Negeri Sembilan

Apa yang menarik disini

Tiada apa yang menarik, pertama kali masuk ke muzium ini, agak teruja juga en keladi, maklumlah kita nak mengetahui lebih banyak kisah sejarah di Negeri Sembilan ini,  bagaimana cara hidup yang berpegang pada adat mereka biar mati anak jangan mati adat, raja-raja negeri sembilan dan yang pasti keunikan rumah Minangkabau.

Tapi

Lebih kurang 15 minit berjalan di dalam bangunan muzium tersebut, macam bosan lah, maaf yer, en keladi tak kata sejarah2 dan info berkaitan Negeri Sembilan tu membosankan tapi, cara persembahan mereka yang agak kurang menarik kot, membuatkan diriku mengantuk, tidur kejap di anjung tingkat atas rumah muzium tersebut, sedapnya jika dapat lelapkan mata, sungguhpun masih ada sidikit jerebu.

Muzium oh muzium

Apa pendapat korang tentang Muzium.

Masih menarik ke?

Maklumat yang dipersembahkan di negari sembilan masih dikira malar segar, bagi en keladi korang mesti perlu datang ke Muzium ini untuk mengenali asal usul dan adat di Negeri ini, lebih menarik jika time tu korang nak buat kerja krusus atau pun kajian lapang untuk Negeri Sembilan.

Datang jangan tak datang

Next destination gua mau pergi ke Muzium adat, tapi tutuplah untuk kunjungan awam, sebab bangunan sedang di renovation. So, en keladi pun pulang dengan ke hampaan.

Muzium Negeri Sembilan, jom datang ke sini

Muzium Negeri Sembilan
Muzium Negeri Sembilan

Set televisyen lama dipamerkan disini

Suasana disekitar Muzium Negeri Sembilan

Motor posmen juga dipamerkan disini

Anjung ditingkat atas menggamit memori ketika berada di kampung halaman suatu ketika dahulu.


Ikhlas daripada en keladi, sekadar perkongsian dari hati, jom baca juga di www.keladionline.com