Oktober 25, 2015

Jemputan kenduri perkahwinan

Terima jemputan perkahwinan  best nya..
Kad jemputan
Pergi ya en keladi, jangan tak pergi, maklumlah orang sudah jemput.

kali ini jemputan kenduri kawin tu berlangsung di Senawang,Negeri Sembilan, anak kepada rakan setugas en keladi di office tu, memang seronok kot, sebab en keladi nak tengok adat orang negori kawin, tapi setiba di sana, jeng jeng jeng, perkahwinan berkonsep seperti biasa saja, 

  • Majlis berlangsung di dewan
  • Jamuan disediakan daripada tempahan catering uoolss
  • Menu dan masakan, sodap beb, maaf terlupa nak tengok catering mana.
  • Warna peach ala2 nak ke oren sikit, tapi tak gelap sangat.
  • Ada booth candy adik2, time tu en keladi jadi budak-budak kejap, jangan marah adik2 ku sayang.
  • Ada pulut hitam, kegemaran en keladi tu, habis 3 mangkuk gua makan.
Booth candy

Booth Candy

Kek perkahwinan
Pelamin untuk persandingan 

Makan berhidang

Suasana tetamu sedang menikmati jamun

Doorgift untuk tetamu

Misi perlu di teruskan, bilalah en keladi nak dapat jemputan perkahwinan yang berkonsep gempak2 punya, baik punya cara, maklumlah zaman sekarangkan, kos bajet ooo, 

Paling tidak punya gua, dapatlah sekiranya melihat perkahwinan yang mengikuti negeri masing, sebagai contoh bila di Johor tu, adalah menu masakan nasi Berani gam special dan di tambah dengan menu yang popular di johor, dan mempersembahkan tarian zapin, kemudian jika kita ke Melaka pula, adalah asam pedas special di majlis perkahwinan tersebut dan ada nyayian dongdang sayang.

En keladi bersyukur ya, jangan kata tak bersyukur,

Sekadar pandangan dan keinginan di hati, terima kasih en keladi ucapkan kepada keluarga pengantin dan untuk pengantin semoga berbahagia ke anak cucu


Ikhlas daripada en keladi dan ikuti juga perkongsian en keladi di www.keladionline.com