Oktober 22, 2015

Cara menambah pendapatan

Tambah pendapatan
Pening kepala?

Maklumlah sekarang ni, nilai ringgit sudah jatuh, inflasi sudah meningkat, harga barang amat menakutkan, poket pun semakin menipis.

Oh tidak..

Bagaimana pula dengan status pengganguran di Malaysia?

Entahlah, di tempat en keladi bekerja sibuk dengan MSA @ Mutual Service Agreement, sama konsep nya dengan VSS.

Aku semakin penik!!

Ada ke alternatif untuk tambah pendapatan ?

Insyaallah, ada jalan penyelesaiannya.
Cara menambah pendapatan
Menggunakan kemahiran dan bakat yang ada 
Cara menambah pendapatan
  • Menulis buku
  • Bercucuk tanam dan jual hasil tanaman
  • Tawarkan khidmat masakan
  • Menjadi ejen takaful
  • Gunakan bakat dan kemahiran
  • Menjual barang-barang terpakai
  • Tawarkan perkhidmatan penghantaran 
  • Hasilkan tulisan menarik melalui blog
  • Membuat jualan secara sambilan
  • Tawarkan produk dalam talian
Tapi bolehkah korang balance dengan masa bekerja korang yang utama?

Jangan sampai yang dikerja tidak dapat yang di kendong keciciran.

Jadi jom ikuti perkongsian nasihat oleh En Ahmad Humaizi Mat Noor, Perunding Kewangan dan Hartanah Al-Falah Advisor.

En keladi : Mengapa perlu pendapatan tambahan ?

En Ahmad humaizi : peningkatan kos sara hidup yang tidak selari dengan kenaikan gaji menyebabkan ramai pekerja terpaksa mencari alternatif untuk menambah pendapatan.

En keladi: terangkan lebih lanjut, berkaitan menambah pendapata ini,

En Ahmad humaizi : sebelum membuat keputusan bekerja atau berniaga secara sambilan, penting untuk seseorang itu mengenal pasti apakah keperluan dan objektif utama mereka mencari pendapatan sampingan itu.
  1. Tujuan utama mencari pendapatan sampingan. Adakah kerana mahu membayar hutang atau untuk keperluan lain.
  2. Gariskan beberapa langkah dan panduan yang sesuai untuk tidak menjejaskan pekerjaan utama.
  3. Memastikan kerja sampingan tidak mencetuskan konflik kepentingan dengan majikan tempat bekerja ataupun mengganggu kerja hakiki
  4. Tidak terlalu lama masa yang diambil untuk menyempurnakan kerja sampingan tersebut
  5. Carilah sesuatu yang tidak perlukan modal besar atau kos operasi yang tinggi.
Persoalannya untuk en keladi dan korang yang nak menambah pendapatan sampingan tu, selepas habiskan masa selama lapan jam di pejabat, sanggupkah anda bekerja selama lima jam atau lebih lagi pada sebelah malam?

Kesilapan yang berlaku dalam hal ini : melakukan lebih daripada 2 pekerjaan sambilan secara serentak yang menyukarkan individu itu memberi tumpuan kepada setiap pekerjaan.

Tip menarik : pilih kerja sampingan yang mengembirakan kita dan memberi pulangan setimpal dengan apa yang diusahakan.

Untuk menyimpulkan entri ini, en keladi rasa fokus dan kesabaran perlu ada dalam diri seseorang untuk menambah pendapatan, selain itu, wahai en keladi jangan sesekali tersilap memilih atau melaburkan modal dalam skim entah apa2, katanya cepat kaya tapi jadi muflis lah pulak.

Jadi bagaimana untuk menambah pendapatan ?


Ikhlas dari en keladi, jom ikuti blog en keladi yang ini www.keladionline.com