Oktober 21, 2015

Tip penjagaan hindar peti ais berbau

Hari ini rajin pulak en keladi nak menaip, ok lah hari ini gua mau membicarakan tentang Tip penjagaan hindar peti ais sentiasa segar dan bebas daripada bau memualkan.

  1. Sentiasa bersihkan peti ais dan lap air atau makanan yang tertumpah sebelum ia melekat dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
  2. Bagi kotoran degil, gosok soda penaik padanya dengan menggunakan kain yang lembap
  3. Soda penaik juga boleh digunakan untuk menyerap bauan kurang menyenangkan dalam peti ais dengan cara membuka bekasnya dan diletakkan pada satu sudut dalam peti ais.
  4. Selain soda penaik, bahan lain yang boleh digunakan untuk menyerap bau ialah kopi kisar yang dituang pada pinggan ataupun arang aktif.
  5. Setkan suhu peti ais yang optimum, terlalu tinggi akan menyebabkan makanan cepat rosak tetapi terlalu rendah akan menyebabkan pembaziran dari segi bil elektrik.
  6. Gunakan bebola kapas yang dibasahkan dengan vanila dan letakkan didalam peti ais untuk mendapatkan bau harum.
  7. Potongan lemon juga boleh diletakan untuk mendapatkan untuk mendapat bau segar setiap kali peti ais dibuka.
  8. Jangan simpan makanan terlalu lama, sebaliknya guna dalam tempoh beberapa hari dibeli, bagi mengelak pembaziran apabila ia rosak dan mengeluarkan bau busuk.
  9. Keluarkan dan buang makanan yang sudah hampir tamat tempoh atau sudah menunjukkan tanda rosak
  10. Gunakan oat kerana ia boleh menyerap sebarang bau.
  11. Sekiranya terdapat tumpahan makanan atau minuman yang mengeluarkan bau, selepas ia dibersihkan, lap sekali lagi kawasan itu dengan kain yang dibasahkan dengan jus tomato, sebelum dilap sekali lagi menggunakan air suam.
  12. Bagi memastikan peti ais segar, lap dengan cuka untuk menghilangkan minyak di permukaan.
  13. Bagi mengelak bau makanan berpindah kepada makanan lain atau mencemarkan kesegaran peti ais, simpanan semua makanan dalam bekas kedap bertutup.
  14. Ais juga boleh di simpan di dalam bekas bertutup bagi mengelak bau makanan laut terlekat padanya.
  15. Roti tidak harus disimpan di dalam peti ais kerana sifatnya yang menyerap bau, menjadikan ia tidak begitu menarik untuk dimakan sebaik dikeluarkan dari peti ais.
  16. Tandakan tarikh beli dan tamat tempoh setiap makanan pada bekasnya supaya ia tidak perlu disimpan lama. Bukan saja bau dapat dihindarkan, peti ais juga tidak menjadi terlalu padat, sekali gus suhu kekal sejuk.
  17. Sekiranya suhu menurun mendadak, dapatkan orang yang betul untuk membaikinya dengan kadar segera.
Sekadar perkongsian ikhlas daripada en keladi, ikuti blog yang lain juga