Oktober 23, 2015

Lima perkara terlarang dalam bisnes

Korang nak berbisnes ke?

En keladi suka berbisnes tapi...

  • Malu
  • Tak ada modal
  • Tak ada idea
  • Takut rugi
  • Malas
BOleh ke cakap macam tu!!

Melayu perlu bangkit wahai en keladi, en keladi jangan jadi penakut untuk menerima kegagalan.

Terus bangkit dalam jika gagal dalam berniaga.

( en keladi dah rasa semangat pulak nak berniaga, tapi sebelum berniaga jom baca perkongsian en keladi dengan tajuk perkara terlarang dalam bisnes, maklumat ini dipinjamkan daripada akhbar harian metro, 

  1. Riba - riba satu daripada dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim. Pengharamnya disebutkan secara jelas dalam al-quran ( seperti pada ayat 278 dan 279 surah al-baqarah) dan sunah. Dalam menjalankan aktiviti perniagaan, amalan riba hendaklah dielakan sepenuhnya. Orang baik dan diredai ialah yang menjalankan urus niaga yang bebas daripada sebarang bentuk riba, sekali gus mengikut panduan syarak.
  2. Peras ugut - islam mengharamkan perbuatan peras ugut dan tindakan mengambil harta orang lain dengan cara salah ( batil). Mengambil harta orang lain dengan cara salah boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk seperti mencuri, merompak atau melalui perjudian. Pengharam ini jelas di sebutkan dalam surah an-nisa, ayat 29 bermaksud " wahai orang-orang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu,judi dan sebagainya) melaikan dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu.."
  3. Menipu dan bersumpah melariskan barangan- islam melarang sebarang bentuk penipuan atau perbuatan memperdaya dalam perniagaan. Menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain. Pelbagai cara penipuan boleh berlaku seperti memalsukan tanda tangan, menjual barang tiruan dengan harga mahal dan menipu pelanggan dengan iklan palsu. Termasuk dalam perbuatan menipu ialah bersumpah dengan nama tuhan dengan tujuan melariskan barang jualan sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.
  4. Rasuah- rasuah secara ringkasnya adalah pemberian yang dibuat bertujuan mendapatkan sesuatu dengan cara salah atau bukan cara sebenar. Ia satu dosa besar dalam islam. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bidang. Dalam hadis dijelaskan laknat terhadap pemberi dan penerima rasuah.
  5. Menjual najis - ijmak ( sepakat) fuqaha mengenai haramnya sebarang bentuk perniagaan barangan najis pada zatnya seperti arak, babi, bangkai dan seumpamanya. Islam mengharAmkan sebarang najis ini kerana ia boleh mendatangkan mudarat dan kerosakan di muka bumi. Pengharaman ini disebut dalam hadis daripada Jabir bin Abdullah.
Aktiviti berniaga adalah pekerjaan sunah rasullah, walaupun en keladi kerja makan gaji, tapi sedaya upaya cuba berniaga untuk menambah pendaptan ketika ekonomi gawat.

Hanya sekadar perkongsian, jom ikuti penulisan blog en keladi di www.keladionline.com