November 29, 2015

Bajetku di tahun 2016

Sudah hampir ke tahun 2016

Alamak bagaimana dengan bajet ku nanti??

Motif ko nak share kat semua orang!!

Biasanya bila tiba bulan 12 sibuklah kita mencari kelandar untuk tahun akan datang,  knape erkk ?

  • Tengok Public holiday jatuh pada hari jumaat ke ataupun sabtu, tapi yang best bila PH jatuh pada hari ahad, isnin boleh cuti uolass
  • Tengok puasa dan raya bulan ke berapa, mestilah perlu buat persiapan awal katanya
  • Tengok hari apa yang boleh mohon cuti tahunan, plan cutilah kononya
  • Tengok cuti sekolah, biasalah mak2 dan bapa2 pun sibuk nak tengok klendar, bila cuti sekolah ni, bukan anak2 je tau.

Itu perkara wajib yang kita nak sangat kelendar tahun baru, tapi

Bagaimana pula dengan bajet tahunan pula?

Itu nanti dulu, ko ni tak sabar encik keladi oii, 

Hujung tahun menanti bonus

Alamak...ada penilaian prestasu lah..takutnya, nak aku kipas superior ke, mudah-mudahan dapat bonus lebih #bonus mengapu dan kenaikan banyak sikit tahun depan #incerement kaki ampu..

Boleh ke macam tu!!!

Jangan ko nak mengada-ada encik keladi.

Penentu prestasi ( appraisal ) penting untuk kita
  • Menilai semula prastasi sepanjang tahun
  • Menilai semula kelemahan dan kemahiran yang ada
  • Dapat meningkatkan semula motivasi diri
  • Peluang untuk menjadi lebih baik
  • Mempertingkatkan produktiviti kerja
Jadi motif!!!, dihujung tahun ini macam tu je ker, bukan kita semua perlu berubah dan membina keazaman yang baru, walaupun setiap tahun azam hanya lekat di dinding!!! ataupun dimalam tahun baru nanti kita menunggu bunga api untuk bersorok..hebat ke ko...

Itu semua bukan penting sangat, yang penting adalah

BAJET TAHUN BARU

Boleh ke kita membuat bajet sendiri?

Boleh

Perlukah kita buat bajet tahunan?

Perlu..

Haruskah kita menilai semula perbelanjaan dan buat perancangan kewangan semula di tahun baru ?

Harus, harus dan harus

Bagi pandangan dan pendapat encik keladi, plan kewangan di tahun baru harus di fikirkan, sebab mugkin setiap tahun kadar kenaikan inflasi semakin meningkat dan memberi kesan kepada corak pembelian kita. Itu sebabnya plan kewangan perlu difikirkan dahulu, mungkin gaji semasa yang kita terima tidak semestinya akan sama nilainya pada tahun seterusnya, dan yang pasti encik keladi perlu tetapkab matlamat pada tahun hadapan, 


Bagaimana untuk tambahankan pendapatan?

Ikhlas daripada

Keladi blogger


Tiada ulasan: