Ogos 21, 2015

Bisnes online

Bisnes oh bisnes
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perniagaan_elektronik ( maksud perniagaan elektronik@bisnes ict)

Nota kali ini, saya ingin membicara berkaitan bisnes tersebut, artikel Ogos 20 yang saya tulis, itu adalah contoh perniagaan yang dijalankan secara offline, pelanggan boleh terus mendapatkan barang secara terus dan boleh merasai produk tersebut, sebaliknya bagi perniagaan online, gambar@ video bagi sesuatu produk hanya dalam aktiviti jual beli tersebut, lebih canggih lagi, pelanggan tidak perlu ke mana3, pembayaran juga dilakukan secara dalam talian..



Bagus ke bisnes online ini?

Potansi pasaran untuk produk @ jenama adalah meluas, selagi mana sesuatu tempat itu boleh akses internet, maka perniagaan tersebut boleh berkembang, kiranya produk @ jenama yang kita bangunkan boleh dijual serata dunia ( hemmm seronok tu jika pperniagaan kita boleh dikenali  1 dunia, maka banyak untungnya!!, kalo meniga offline, dah tentu, duduk setempat jer, hijan ke, ribut ker, kat situ jer, lebih teruk kalo banjir berlaku, habis barang2 tu, nasib3)


Apa perbezaan offline @ online?


Dah berkali2 aku kata kebaikannya antara bisnes online ini, confirm nampak bezanya...hemm

dari segi perkataan pun sudah ada perbezaan,  dari segi aktiviti pulak dah nampak beza, produk boleh di "pegang" & satu lagi produk lihat gambar sahaja. Jadi, sebenarnya kita pun sudah tahu perniagaan online ini banyak perbezaannya daripada menjalankan perniagaan secara offline.

Bagi saya, hanya sekadar pandangan jer,dalam zaman ini semua boleh jadi usahawan, kira tidak mengira usia, asal pandai & tahu sesuatu produk untuk dipasaran, barang tersebut boleh di jual dan ada yang sudah kaya raya mengaut keuntungan daripada menjalankan perniagaan ini, mana tak nya  kedai tidak bersewa, 24hours pulak tu, tidak perlu fikir berkaitan sistem keselamatan kedai, insurans dan dot dot.


Perniagaan ini juga mempunyai potensi besar dari segi pemasaran @ pengiklanan, kira pengguna ict semakin bertambah, kehadiran pelbagai aplikasi app & gajet mampu memberi kelebihan untuk produk@jenama untuk dikenali. Rasanya kos yang dikeluarkan juga, tidak begitu besar tapi hasilnya sangat berkesan. 


Bisnes online oh bisnes online


Jom klik jap kat sini, blog ni ada bercerita pasal kaedah bisnes ni tau..


http://www.hasrulhassan.com/2014/12/4-cara-dapat-duit-online-2015.html?m=1

Mesti klik jer juga kat blog ni

http://www.mohdrawi.com/bisnes-online-tanpa-modal/ 

Kalo nak lagi klik g jer kat google search tu...taip kat kotak search...BISNES ONLINE  

 Dengan idea yang kreatif di tambah dengan kepakaran kita dalam menghasilkan sesuatu produk mampu di pasarkan dengan cara online, jika dulu ada kemahiran untuk buat kek tapi kemahiran tersebut hanya diketahui ahli keluarga sahaja tapi masakini mugkin bakat tersebut boleh dikembangkan lagi ( ia sebagai contoh ya), banyak lagi contoh2 yang boleh dilihat, jika bercakap pasal bakat ni tengok contoh pada Najwa Latif..menghasilkan lagu dan menyayi di youtube, maka populariti terus meningkat...kaut keuntungan sampai sekarang si Najwa latif ni

Macamana pulak dengan penipuan?


Itu lah risiko nye, ada kesan baik dan mesti ada kesan buruk, tapi bagi saya orang yang menjual@ pemilik kedai maya ini risiko nya kurang berbanding pembeli, cuma nak pesan jer jangan lah nak MENIPU pelanggan kita ya, produk seperti yang dijanjikan mesti sampai ketempat yang diminta dan untuk PeLanggan seperti saya ini, Jangan lupa semak latarbelakang company@ blog yg menjual produk tu, dapatkan maklumat daripada pengguna2 yg pernh membeli di web@blog tersebut...sekarang ni mudah sangat untuk semak latar belakang tu..ini sebagai salah satu tip ya..


Mana website3 yang fofulor@famous amius tu untuk bershopping?


Banyyyyyykk!!!!! Sangat sekarang ni..citarasa masing2, yang penting ada duit jer, beli online ni x boleh hutang tau..dihighlight sekali lagi X BOLEH HUTANG, 


5 pilihan saya untuk bershopping online@ tengok contoh2 kedai maya :~

Lazada
Zalora
Mudah.my
Borong
Lelong

Kesimpulannya, perniagaan ini memberi kelebihan untuk kita, pastinya cara @ kaedah ini boleh dijalankan secara separuh masa, boleh lah kita kembangkan bakat dan kemahiran menjadi ushawan, tapi yang penting kerajinan, pada era teknologi komunikasi ini@ dunia tanpa sempadan banyak keuntungan yang boleh diperolehi.