Oktober 14, 2015

Adakah anda mempunyai rakan Gay, Biseksual atau Transeksual ?

Topik agak sensitif !!!

Ia sekadar perbincangan topik tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Sejak akhir-akhir ini, kita menyaksikan gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), bukan saja semakin menular diseluruh dunia malah Malaysia juga tidak terkecuali turut terkena tempias gejala ini. Gerakan cinta dan hubungan sejenis ini lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi di negara kita.

( sumber : mforum2.cari.com.my)

En keladi cuma berkongsi topik ini, bagi pembaca yang terasa maaf diucapkan, dan bagi mereka yang sudah pun terjebak dalam gejala ini, kembalilah semula kepada jalan yang benar, bagi mereka yang normal tu, jom kita tolong rakan2 kita yang telah pun terjebak dalam gejala ini, jangan blame atau benci mereka, paling kasar kita mengutuk mereka, cara tersebut perlu dibuang jauh-jauh, tindakan yang lebih bijak perlu diambil dalam menangani gejala ini.

Adakah anda lebih bagus daripada mereka yang terjebak dalam gejala ini ?

Semua manusia tidak sempurna

"Al- quran telah menceritakan bagaimana kaum Nabi Luth yang mengamalkannya dimusnahkan oleh Allah kerana kedegilan mereka" 

Ada ke negara yang mengiktiraf golongan ini?

Ada, tapi di Malaysia ia tidak diterima kerana ditentang agama, melanggar etika sosial, malah perlakuan itu juga terbukti membawa pelbagai keburukan dan keruntuhan moral dikalangan masayarakat.

Encik keladi says!!

Tindakan bijak untuk membentras gejala ini adalah perlu difikirkan.

Korang tahu tak apa itu Diagnostic and Statiscal Manual of Mental Disorders atau DSM ?

Persatuan Psikiatri Amerika (APA), melalui satu manual kesihatan dan penyakit mental yang mereka terbitkan, manual tersebut dikenali sebagai seperti diatas, singkatannya DSM.

Jom kita mengenali apa itu gejala LGBT dan baru boleh kita membentras gejala ini.

Apa itu LGBT?


  1. Homoseksual = suka kepada berlainan jantina dan kaum sejenis ( lelaki)
  2. Gay = suka kepada kaum sejenis ( lelaki)
  3. Lesbian = suka kepada kaum sejenis ( perempuan)
  4. Biseksual = melakukan seks untuk kedua-dua jantina.
  5. Transeksual = sesorang lelaki dan perempuan yang berperasaan seperti sebaliknya, contohnya pondan / pengkid.
Faktor pembentukan gejala LGBT

  • Pendidikan agama yang cetek
  • Kurang kasih sayang ibu bapa
  • Pengaruh media massa
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Trauma masa silam 
  • Salah faham pada takdir
Kesan buruk LGBT

  • Penularan penyakit HIV 
  • Penyakit Siflis
  • Masalah kecelaruan dalam hubungan keluarga/ matlamat perkahwinankabur.
 Apakah anda mempunyai rakan yang suka akan hubungan sejenis? Jika Ya, apakah langkah-langkah yang anda lakukan untuk menyelamatkan rakan-rakan seperti ini supaya kembali ke pangkal jalan?

Jom ikuti penulisan en keladi juga disini

www.keladionline.com