Oktober 21, 2015

Muar, Johor

Jom pi Muar!!

Saje en keladi nak promote, time bosan duduk dalam bas Maharani ekspress ni yang mungkin mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih jika tidak jemlah, jadi en keladi gunakan kesempatan masa untuk menaip di entri blog ini.

Muar oh muar balik kampung bersama en keladi yoppppp!!

En keladi jika balik ke Muar, memang tidak memandu sendiri, jadi minta best "friend forever" en keladi hantar ke TBS, #Terminal Bas Selatan, agak canggih terminal ini, lagipun ia sangat strategik, mempunyai kemudahan sistem pengangkutan awam yang baik, jadi jika korang pernah menaiki bas untuk balik kampung menggunakan terminal ini, confirm berpuas hati.

Cerita serba sedikit berkaitan tbs ini, permulaan terminal ini dibuka untuk laluan ke destinasi selatan, seperti Melaka @ Johor,  selepas tahun 2014, hujung tahunlah kot, x silap en keladi, terminal ini telah pun membuka laluan ke Utara, dan selepas itu barulah ke timur semenanjung.

Jadi korang tentu berpuas hati dengan terminal ini, tidaklah korang terkejar-kejar cari bas, hanya tunggu waktu bas berlepas seperti yang dipilih dan bas akan berhenti di depan pintu gate seperti dalam tiket yang telah diterima.
Terminal Bas Selatan
Terminal Bas Selatan
Makan dan minum jangan takut, confirm ada, pihak pengurusan tbs telah menyediakan foodcourt, dibawah pengurusan mereka, jadi korang perlu beli kad dan top up duit didalam nya, kat depan tu ada counter, jadi korang perlu beli @ top up dan baru boleh pilih makanan. Restoran KFC dan Subway pun ada, korang jalan ke belakang sikit, dah jumpa restoran pakcik Sanders tu. Tapi en keladi memilih roti dan air mineral je untuk mengalas perut dalam perjalanan ke Muar ini, lebih jimat kot, sampai2 kampung nanti dapat makan masakan emak.

Berbalik pada perjalanan en keladi ke Muar, rasa jika korang pergi, janganlah fikir Muar ini seperti Johor Baharu yang ada Legoland tu, Muar hanya sebuah bandar yang tidak berapa besar, jika korang duduk lama-lama tentu berasa bosan. Cuma yang best sangat di Muor ni, pastinya Mee Bandung dan satay..memang kaw kaw punya, di bandar muar ni. Lepas tu ada satu medan ikan bakar di sabak awor, jika dulu2 memang murah, tapi la ni, entah lah, takut en keladi nak melepaknya, kena jimat time3 ekonomi gawat ni oiii..lepas tu yang best lagi korang melepak di tepi2 sungai muor, lihatlah pemandangan yang cantik sungai muar tu, boleh nampak ada 2 buah masjid disebelah kiri dan kanan, sungguh menakjubkan, jom pi singgah jap buat solat tahyiatul masjid.

Mai ke Muar @ Muaor

Tiket Muar
Tiket ke Muar
Kos perjalanan en keladi ke Muar ini, memang BAJET SANGAT

  • Waktu dari Petaling Jaya ke TBS, en keladi tumpang kawan, jadi kos 0.
  • Sampi di TBS, beli tiket di kauter bas yang banyak tu, perlu kelur duit RM 17.60, waktu tahun 2013, tiket tu murah je, dalam RM 15, tapi maklumlahkan semua sudah naik harga..
  • Lepas tu, beli roti dan air mineral RM 2.80 dan surat khbar metro RM 1.80, lah kenap en keladi beli paper, internetkan ada,oooo....saja nak cari inspirasi, says suka tengok iklan dan mencari idea untuk menulis, nanti bolehlah kongsi dengan korang semua
  • Tibe di Muar nanti en keladi perlu dapatkan teksi untuk ke KG halaman ku. Jadi mungkin dalam RM 15.
Kesuma perbelanjaan pergi ke Muar sebanyak RM 37.2, nanti pulang pun lebih kurang amount yang sama.

Itu sahaja perkongsian en keladi  balik ke kampung halaman 

MUAR JOHOR

Ikhlas dari en keladi

Ikuti perkongsian juga di