Oktober 11, 2015

Bagaimana untuk hilangkan perasaan malas?

Bagaimana menghilangkan perasaan malas
Malas bukan sifat ku
Hai..korang semua yang sudi membaca entri en keladi ini, mesti korang kata saya macam dah tidak ada idea untuk menulis.

Malas I nak jawab you..!!

Bagaimana untuk hilangkan rasa malas?

PEMALAS!!!

Adakah korang seorang yang pemalas?

Jika jawapannya YA kira korang ini memang bagus, sebab apa en keladi kata begitu, sebab en keladi juga seorang yang malas, 
Lazy
Adakah aku seorang pemalas
Ya betul, perkataan malas adalah mencerminkan personalti sesorang, tapi korang rasa orang yang rajin tu, memang betul2 ke dia rajin?, timbul pula pertanyaan, rajin ada makna kot!!, apa-apa sahaja lah labi, asalkan ko berjaya.

Baiklah berbalik pada topik kita, tadi di awal penulisan en keladi, telah menimbulkan kontroversi dengan mengatakan pemalas itu bagus dan diri en keladi adalah seorang yang pemalas, bagus dari segi meningkatkan kemarahan orang lain, dan en keladi jadi pemalas jika terlalu penat bekerja.

So, you all agree with me!!

Malas itu satu perkataan yang boleh digambarkan pada banyak keadaan.

  • Ada orang malas untuk basuh pinggan tapi rajin memasak
  • Ada orang malas untuk berkemas tapi dia seorang yang kreatif
  • Ada orang rajin pergi sekolah tapi prestasi kurang
  • Ada orang malas untuk pergi kerja tapi dia seorang pekerja yang cemerlang
Dan ini pula,
  • Ini memang betul2 seorang yang pemalas dan bonus tambahan engkau seorang yang pengotor..#harus dielakkan.
Jadi adakah korang dikategori seorang yang pemalas ?, yessssszaa!!!! "Don't. Judge the book is cover'.

Tepuk dade tanya imanlah beb!!
Malasnya diriku ini
Bagaimana untuk menghilangkan perasaan malas.

PERINGATAN: tip ini hanya orang yang mempunyai perasaan malas sahaja tau, jika korang dikategorikan sebagai pemalas tegar @ sejak azali lagi sudah ada penyakit malas , maka tip ini diletak ke tepi, 
  1. Kurang motivasi, perasaan malas timbul apabila tiada motivasi diri, ubatnya, korang baca bukit tentang kejayaan @ cara meningkatkan motivasi, tak pun korang join live tanya ik...en irfan khairi ini selalu bagi tip untuk meningkatkan motivasi diri.
  2. Kurang minat, yup sesuatu yang kita lakukan bukan atas minat kita, memang malas untuk dilakukan, jadi buat perkara yang betul2 kita minat contohnya jika korang minat berblog teruskan dengan aktiviti tersebut dan hasilnya confirm setiap hari menulis entri.
  3. Perancangan dan jadual, nampak macam skema jer..macam budak ulat buku pulak, yup anda perlu ada perancangan @ dairi rutin harian, jika tiada, tengok jelah, bila cuti masa habis macam tu jer, 
  4. Bangun awal pagi walaupun hari tersebut cuti, yahooooo cuti sambung tidurlah lepas subuh ini !!!, lepas tu korang bangun dalam pukul 12 tenghari, mungkin badan akan berasa sakit, otak macam buntu, jadi bangun awal, kira jika korang nak tidur pun, ikut sunah tidur sebelum masuk waktu solat zohor mugkin dalam pukul 12 tenghari kot, ikut selera sendiri.
  5. Ada faktor pemangkin, yup jika korang suka kepada seseorang 'sure' korang akan buat sesuatu, gunung berapi sanggup ku daki, lautan api sanggup ku renangi, sama jer dengan konsep ini, mungkin ada faktor yang menarik untuk korang dapat hasilnya kemudian, contohnya macam en keladi, minat menulis blog, en keladi nampak sesuatu yang boleh digunakan di blog, maka perasaan menulis menjadi lebih bersemangat, walaupun tiada yang membacanya.
  6. Bersenam, badan sihat otak jadi cerdas, jadi urat - urat dan otot2  pun rasa ringan, makan perasaan malas akan hilang
  7. Paksa diri untuk berkemas, yup, kebersihan diri adalah yang utama, jadi ingat tu, bila korang paksa diri untuk sentiasa mengemaskan kawasan keliling korang, secara automatik perasaan malas berkurang, mata pun tidak sakit apabila lihat keadaan disekeliling bilik  korang tu, macam tenang jer rasanya.
  8. Kebersihan diri, personaliti sangat penting, jadi sentiasa anggap korang tu seleberiti yang akan membuat show kepada beribu-ribu peminat, jadi secara automatik korang akan berdandan, en keladi paling benci nak berdandan rambutku yang seperti sambut kelapa!!! Lantak kolah mr keladi asalkan ko kemas dan tidak busuk # jangan lupa pakai deodaran, atau minyak wangi, kemas je tidak cukup, jika busuk confirm, bukan orang je lari, bintang pun lari sama.
  9. Rajinkan diri, yup korang pura2 jadi rajin!!! Betul ke tip ini en keladi oii??, betul jika korang rasa macam tidak ada kerja untuk dilakukan, yup ambil majalah yang lama-lama dan cuba korang hasilkan sebuah bakul, pernah cuba? Confirm lepas ini tiada masa untuk dibuang, korang buat sesuatu aktiviti yang diluar kemahiran juga dapat membantu buang perasaan malas.
  10. Solat, maaf ye, I bukan ustaz you!!, tapi I adalah hamba tuhan sebagai khalifah, yup solat diawal waktu juga membawa kita untuk praktikkan masa, dan buat sesuatu kerja di awal waktu, jangan bertangguh tau.
Hanya 10 tip yang en keladi praktikan dalam kehidupan seharian untuk hilangkan perasaan malas, 

Yup, memang saya  malas tapi kita kena tahu dan menilai diri sendiri, dan kita tahu diri kita adalah pemalas 

Kadanga kala perasaan malas wujud apabila kita gagal dalam apa yang dingini TAPI !!!

Kenapa tidak kita lakukan perubahan?


Ikhlas dari en keladi