Oktober 21, 2015

Asam pedas hirup ikan merah

Jom masak asam pedas hirup ikan merah.

Dibawakan khas daripada Kedai Asam Pedas Hirup, oleh komposer dan penyanyi terkenal, Ajai.

Harga untuk Asam Pedas Hirup Ikan Merah ialah RM 15.

Ada diskaun untuk pelajar

Set berserta minuman untuk Asam Pedas hirup ikan merah = RM12

Cara untuk buat Asam Pedas Hirup Ikan Merah.

Bahan-bahan masakan

  • Seekor ikan merah ( anggaran berat 1 kilogram)
  • Segenggam daun kesum
  • Segenggam asam jawa ( dibancuh bersama  2 gelas air.
  • Halia ( sebesar ibu jari )
  • Kunyit ( sebesar ibu jari )
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • Cili kering kisar
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
Cara menyediakan :
  1. Ikan merah dibersihkan dan dipotong empat atau lima bahagian. Toskan
  2. Panaskan periuk dan masukkan minyak masak
  3. Tumbuk halia,kunyit,bawang putih dan bawang merah tumis dengan sedikit minyak pada api serdehana. Kacau hingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering kisar bersama daun kesum dan biarkan selama lima minit.
  5. Masukkan pula air asam jawa dan kacau hingga mendidih.
  6. Masukkan garam dan perasa secukupnya, kacau sebati.
  7. Akhir sekali masukkan ikan ke dalam periuk selama 10 minit dan angkat untuk sedia dihidangkan bersama nasi putih.
Kedai Asam Pedas Hirup telah dibuka pada awal Ogos lalu dan bertempat di Ivory Plaza, Bukit Gambier (belakang kampus induk Universiti Sains Malaysia).

Ikuti blog saya juga di www.keladionline.com