Oktober 21, 2015

Demam Kepialu ( Typhoid Fever )

Demam kepialu
Sekarang ini, demam kepialu sudah semakin menjadi2, di Lembah Klang ni, jadi korang semua perlu berhati-hati jika makan makanan yang di jual di luar @ tepi2 jalan tu ( peringatan ini untuk en keladi yang tidak sedar diri jugak)

Apa itu demam kepialu ( typhoid fever)?

Sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella Typhi. Demam ini sering terjadi di daerah pandermik di India, Asia Tenggara, Asia Timur, Timur Tengah, Afrika, Amrika Tengah dan Amerika Selatan. Demam kepialu hanya menyerang manusia dan ia dapat disebarkan melalui makanan atau air minuman yang tercemar dengan najis atau air kencing pesakit atau pembawa demam kepialu.

Typhoid fever
Kebersihan dalam penyediaan makanan
Bagaimana ia berlaku?

Penyebab utama demam kepialu ialah bakteri Salmonella typhi. Demam kepialu merebak melalui makanan atau minuman yang dicemari najis atau air kencing daripada orang yang dijangkiti penyakit ini. Lalat juga adalah salah satu penular penyakit ini.

Tambahan lagi, sekarang ini jerebu pun masih belum pulih lagi, jadi perlu lebih berhati2, jangan lupa cuci tangan sebelum makan, jaga kebersihan, dan berhati2 jika berada di kawasan awam, dekat area pudu central tu ramai betul mat2 bangla mat2 indon, dekat area Petaling Street tu, makanan di tepi jalan yang korang makan nanti perlu berhati-hati, senang cerita, perlu berhati-hati pesanan ringkas dariku.

Tanda-tanda demam kepialu :

  • Demam kepialu yang tidak diubati akan sembuh dalam masa 4 minggu. Pesakit akan mula menunjukkan tanda-tanda jangkitan beberapa hari (3 hingga 56 hari) setelah dijangkiti oleh bakteria berkenaan.
  • Tanda pertama yang muncul adalah demam dengan suhu yang tinggi. Suhu badan turun naik sekitar 39°c atau 40°c.
  • Selain itu, pesakit juga akan mengalami sakit kepala, sakit otot dan seluruh badan, penat, cirit birit dan ruam akan timbul di kulit.
  • Cair seperti sup kacang hijau adalah sifat khas bagi najis pesakit demam kepialu.
  • Selepas beberapa hari, cirit birit akan hilang dan pesakit berhenti terus dari membuang air besar.
Apakah kesannya jika tidak di rawat?

Pendarahan dan perforasi (perforation) usus dapat terjadi apabila demam kepialu tidak diubati dengan segera. Kedua-dua keadaan ini boleh menywbabkan kematian. Selain itu, penyakit ini dapat merebak dan menyebabkan jangkitan ke paru-paru, jantung, dan buah buah pinggang.

Rawatan yang boleh digunakan :
  • Antibiotik
  • Selain itu pesakit juga harus minum air dengan banyak dan memakan makanan yang tinggi kalori untuk memberikan tenaga supaya badan cepat sihat.
DIAGNOSIS
  1. Diagnosis dapat dibuat berdasarkan tanda penyakit yang disebutkan diatas dengan dibantu oleh beberapa maklumat seperti tempat pelancong dan tempat makan yang baru dikunjungi sebelum sakit.
  2. Beberapa pemeriksaan khusus juga perlu dibuat. Biasanya sampel darah dan najis akan diambil. Pemerikasaan bakteriologi dan serology akan di buat terhadap sampel yang telah di ambil.
Langkah-langkah pencegahan Demam Kepialu (TIFOID) :
  1. Segera ke klinik/hospital jika mengalami demam, cirit birit atau sakit perut 
  2. Minum air yang telah dimasak
  3. Makan makanan yang baru dimasak
  4. Cuci tangan dengan sabun dan air bersih sebelum / selepas makan dan ke tandas
  5. Basuh semua sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air bersih sebelum di makan
  6. Tutup semua makanan dan minuman supaya tidak dihingapi lalat.
  7. Guna penyepit/ senduk/ sudu dan garfu yang bersih untuk mengambil makanan
  8. Bersihkan kawasan rumah supaya lalat-lalat tidak dapat membiak
  9. Guna tandas yang sempurna
  10. Pilih gerai dan pengendali makanan yang bersih.

Perkongsian bersama ikhlas dari en keladi, jom lihat juga di blog en keladi yang lain