Oktober 07, 2015

Maal hijrah

1 muharam detik permulaan
Perkiraan tahun islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta

(Chorus)

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

(Ulang chorus)

Oleh itu, mari semua
Kita sambut maal hijrah
Tingkatkan semangat, tegakkan syiar islam, untuk sepanjang zaman

1 muharam detik permulaan
Perkiraan tahun islam hijrah
Perpindahan Nabi dan umat islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan islam tercinta

( ulang  chorus 2x )

Apakah maksud sebenar Ma'al Hijrah ?

"Ma'al" = bersama

"Ma'al hijrah" = bersama berhijrah atau bersama hayati hijrah.

#hijrah haruslah difahami sebagai berpondahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik.

Pada 14 Oktober 2015, jika mengikut kelendar islam, kita akan menyambut tahun baru iaitu 1 muharam 1437 H,

Bagi en keladi pengertian Maal hijrah adalah perubahan untuk meningkatkan lagi ketakwaan kita kepada yang Maha esa, maklumlah kita sering terlupa kepada diri kita sendiri, selalunya kita akan melihat keburukan orang lain daripada kita melihat kekurangan sendiri, setiap tahun kita menukar azam, dan apa berlaku, azam hanya tinggal azam, tidak tindakan yang kekal berlaku.

Korang bagaimana pula mengaplikasikan pengertian hijrah dalam kehidupan ?